LATAR BELAKANG DCC

Dungun Chopper Club (DCC) ditubuhkan pada 1 Mac 2009 di Dungun,Terengganu Darul Iman. Tujuan utamanya adalah untuk mengumpulkan para peminat motorsikal besar (Easy Rider @CHOPPER,SPYDER, SuperBike,Naked Bike,) didalam satu rumpun. Dengan adanya kelab ini ,ianya membolehkan bikers berkongsi pendapat dan serta bertukar-tukar fikiran sesama mereka dan mengeratkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain. Fokus utama DCC adalah berbakti kepada agama, bangsa dan negara menerusi program program kebajikan.Keselamatan penunggang dan pembonceng amat dititikberatkan. Web ini juga diharapkan dapat membantu memudahkan sebarang maklumat untuk disampaikan. ....DCC sentiasa disisi

Thursday, 10 December 2009



Cikgu Langgg kenyang makang phais ,,air 2 gelas seyy



SM SAzeli, Shahir & abg Din...Lapoo bebeno SM Sazeli kesedapan makang phais,..daun2 pun sapu sekali..



Mee Kari licin...makan ke hapa nie..huhu...penat bawe motor



Hari ni Ustad Solehudin turun padang...huhu lama x nampak...bagus2 nnti bley jalan jauh la pulok



si Zemie ni tangkap pic..dok nampok stabok muke one...huhu..gelapp la pulok. Apa apa pun.., seronok ride sebab lama dah tak ride jauh ,..hujan dan matahari....

RaNTAu ABanG VS PaNTai TELok LiPAt




9 disember 2009... pada awalnya sahabat DCC ride ke Rantau Abang..,dan tujuan utk ke Jambu Bongkok...tetapi bertukar arah ..



Akhirnya Pantai Telok Lipat menjadi port berenti minum dan sembang2.



One, Zemie, Halim, Langg, azli, ishak, hamzah...berkumpul.



....yang lain?? tunggu bulan Januari kita akan jalan sakan..Sape nak ikut???

AHLI DCC BARU ~~~CIKGU ISHAK ,..Tahniah!!

Syabas..dan selamat datang ke Dungun Chopper Club !!




9 Disember 2009, Cikgu Ishak dari Paka kini menjadi ahli baru DCC..tahniah dan selamat datang ke kelab kami.



Sesungguhnya DCC amat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang meminati Chopper dan motosikal berkuasa besar yang lain untuk menyertai kelab kami.




DCC kini sedang mencari ahli2 baru untuk sama2 berkongsi minat dan pendapat. Sekiranya anda berminat untuk membeli secondhand chopper..jangan teragak agak menghubungi kami..



Terima kasih buat cikgu Ishak kerana memilih DCC ..semuga ilmu yang diperolehi dapat dikongsikan bersama..insyaALLAH

RUMAH AZLI DCC DILANDA BANJIR

Motor ...diselamatkan dahulu...barang2 kemudian....




Banjir yang melanda Dungun turut menjejaskan rumah sahabat DCC kita- Azli.Walaubagaimanapun Motor Azli berada dalam keadaan selamat.he3




Azli kemudian dipindahkan ke Uitm buat sementara waktu,tetapi kini telah berpindah ke rumah baru di Taman Selasih,,..



Pengerusi DCC ,One dan Setiausaha DCC,Zemie juga tidak ketinggalan membantu Azli untuk mengeluarkan motor disebabkan halaman rumah telah bertakung air.dan seterusnya memunggahkan barang sewaktu air semakin naik....



Diharap rumah baru saudara Azli kali ini , akan lebih selamat lagi..insyaALLAH

Tuesday, 1 December 2009

DCC dan MCC jalan lagi/ ZEMIE & LANGG


REPORT DITULIS OLEH SAUDARA ZEMIE S/U 2 ,DCC



BEA 6866 jam 2 ptg semalam saya dan langg mengikuti ride mcc ke penarik,sungai tong,terus ke kuala berang n makan nasi minyak di kuala berang bertemu sidi.

Kemudian solat jamak taqdim maghrib di masjid besar kuala berang,sambung lagi ke wakaf mempelam minum mlm,tika tu jam 1030 mlm..n ride balik dungun satu ride yang panjang juga kiranya...puas jugalah....balasan seminggu tak ride..

.Pengerusi mcc dah tukar motor vn classic 800....cun giler....bagak . tak dapat ambik photo...phone di serang virus .....kalau tak dapat bg pic kat s/u uplooad dlm ni..

. Rider terdiri daripada saya.langg,pengerusi mcc,sam shadow,aba wel vn 800.ustaz wan dragstar 650,hj zainal kawasaki versys650 baru naked bike baru..

Ride semalam lebih kurang 400km meyusuri lautan cina selatan,n minum di penarik...cuaca sangat baik....syukur...selepas dinner di kuala berang hujan.hujan onda way ke wakaf mempelam..

Ride balik melalui kuala terengganu,bersama ust wan abng wel..abng wel end di marang,ust wan wan dperkaya..kami bed2.meneruskan perjalanan ke dungun..nasib baik tak ujan...jalan pun tak jem sangat..

.Balik layan bola epl n liga sepanyol.ja 4 pg baru tido. sekian shj laporan kami ride bersama mcc..thanks mcc chairman cg ya..

.Lepas ni ride ke penang,perlis tahun dpan katanya..tahun baru cina.

Hari ni ujan plak...nasib baik semalam dah puas ride.... lepas ni kena tukar handla kerbau plak...handle sekaran rasa lenguh kalau long distance... amacam warga dcc..bila nak ride jauh plak ni......

Report dr BEA 6866 ( konvoi Dungun- Penarik- Kuala Berang-Dungun)

Sunday, 22 November 2009

Syabas DCC,One Berjaya !! ~Penang Bridge International Marathon



Syabas One !! Pengerusi DCC berjaya mendapatkan sijil setelah berjaya mengambil bahagian di Penang Bridge International Marathon hari ini.22hb November 2009.
Majulah Sukan Untuk Negara~~~~@#!$%^&*(



Larian sejauh 10km telah berjaya dihabiskan dan bermula pada pukul 7.30 pagi tadi. Laria 21 km mungkin akan disertai pada masa hadapan. Diharap Ahli2 DCC yang lain boleh lah nersama2 menyertai aktiviti ini di lain kali dgn berkonvoi beramai ramai,,,insyaAllah..




Syabas sekali lagi....dan kita tunggu One kembali ke Dungun,dgn cerita panasss..dari utara..yessszaaaa

Wednesday, 18 November 2009

Samy: Biar motosikal besar, jangan mulut besar



SUNGAI SIPUT: Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu berkata cadangan untuk mengharamkan motosikal berkuasa besar daripada menggunakan lebuh raya telah mendapat sokongan banyak pihak.

"Saya telah menerima banyak sokongan daripada pengguna terhadap cadangan itu," katanya dan menjelaskan cadangan itu dibuat semata-mata atas pertimbangan demi keselamatan dan kepentingan semua pengguna lebuh raya yang membayar tol.



Beliau berkata keistimewaan perlu diberikan kepada pengguna yang bayar tol.
"Kita akan meneruskan cadangan itu kerana kita sudah menawarkan untuk berbincang tetapi penunggang motosikal besar tidak mahu bincang, cakap lagi besar... biar motosikal besar tapi jangan mulut besar," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri di sini hari ini.
kementeriannya sedang meneliti cadangan itu sebelum dikemukakan kepada kerajaan untuk diwartakan.Menteri itu berkata pegawai undang-undang



Samy Vellu berkata isu utama yang membawa kepada timbulnya cadangan pengharaman itu ialah kerana adanya penunggang motosikal berkuasa besar melanggar peraturan dengan melebihi had laju serta bersaing hingga menutup jalan.

"Dulu saya pun pernah menunggang motosikal berkuasa besar 650cc... jalan raya bukan untuk berlumba, semua orang kena ikut undang-undang. Saya akan minta PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengambil tindakan tegas menyaman mereka yang laju," katanya.



Mengenai reaksi supaya kerajaan mengenakan tol kepada motosikal berkuasa besar, Samy Vellu berkata kerajaan telah menetapkan motosikal tidak dikenakan tol dan keputusan itu tidak akan diubah.

Sebelum ini pengerusi eksekutif Superbike Association of Malaysia (SAM) Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan perlu memperbaiki laluan motosikal agar dapat mengurangkan kadar kemalangan dan bukannya bertindak mengharamkan penggunaannya di lebuh raya.



Beliau berkata selain membaiki laluan, tindakan perundangan yang lebih tegas seperti saman dan tindakan mahkamah terhadap pemandu yang melakukan kesalahan merupakan inisiatif yang boleh diambil oleh kerajaan. BERNAMA

Friday, 13 November 2009

SELAMAT MENJADI AHLI DCC~ EN.SHAWAL




En.Shawal sahabat baru kita telah menyertai DCC pada 10 hb November 2009. Syabas kepada beliau kerana sudi menyertai kelab kami dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau.








En. Syawal merupakan penunggang 'SUPER BIKE' yang berpengalaman sebelum ini,dan DCC amat bertuah kerana ilmu yang beliau ada mungkin boleh dikongsi bersama ahli2 yang lain.







Satu penbelajaran baru akan kami dapati.DCC amat mengalu alukan kehadiran lebih ramai lagi pencinta chopper untuk sama sama berkongsi minat dan bertukar pandangan mengenai motorsikal berkuasa besar ini.




Mudah mudahan semua penunggang motosikal akan lebih berhemah di jalan raya..Berhati hatilah di jalan raya kerana keadaan cuaca yang tidak menentu akan menyebabkan jalan licin dan kesihatan penunggang juga akan terganggu.


Wednesday, 11 November 2009

Topi Keledar




Topi keledar adalah sejenis topi keselamatan yang digunakan oleh penunggang motosikal. Matlamat utama topi keledar adalah melindungi kepala penunggang daripada hentakan, walaupun kebanyakan topi keledar memberikan kemudahan tambahan seperti pelindung muka, pelindung telinga, interkom dan sebagainya.

Terdapat tiga jenis ujian asas topi keledar. Dari perlindungan paling selamat kepada minima, ia adalah:


Topi keledar penuhTopi keledar penuh (Full face)
Topi keledar penuh menutupi seluruh kepala, dengan bahagian belakang yang melindungi pangkal tengkorak, dan bahagian pelindung dagu. Topi keledar sedemikian mempunyai bukaan merentasi bahagian mata dan hidung, dengan pelindung muka plastik (yang mungkin lutsinar atau gelap) yang biasanya boleh dialih keatas bagi membenarkan bukaan pada muka. Kebanyakan topi keledar penuh mempunyai liang bagi meningkatkan laluan udara kepada penunggang. Tarikan utama kepada topi keledar ini adalah perlindungannya; pengkritik bencikan haba yang terperangkap, rasa terasing, ketiadaan angin, dan kurang dengar yang tidak dapat dielakkan oleh topi sedemikian. Topi keledar yang bertujuan digunakan di atas tanah, kadang-kala tidak mempunyai pelindung muka tetapi mempunyai bahagian bahagian dagu dan mata menjulur.
Terdapat juga jenis sub-set yang dipanggil (Terbuka - Convertible)" atau "Flip-up"; bagi topi keledar ini, pelindung dagu boleh diangkat keatas (atau, dalam sesetengah kes, ditanggalkan). Dengan itu, penunggang boleh makan dan minum tanpa mencabut atau menanggalkan topi keledar mereka.




Topi keledar 3/4Topi keledar 3/4
Topi keledar ini turut melindungi bahagian belakang tengkorak, tetapi tiada pelindung dagu seperti topi keledar penuh, ataupun pelindung muka. Kebanyakannya mempunyai visor yang panjangnya boleh dipilih, sesetengahnya kabur(opaque), sesetengah digelapkan, yang boleh digunakan oleh penunggang untuk mengurangkan silau matahari atau lampu kereta. Topi keledar 3/4 turut menawarkan pelindungan belakang kepala seperti mana topi keledar penuh, tetapi tanpa perlindungan kepada bahagian muka, walaupun dalam kes bukan pelanggran. Serangga, habuk atau angin pada muka dan mata mampu mencederakan atau mengganggu penunggang. Disebabkan itu, menjadi perkara biasa bagi penunggang bagi mengenakan gogal atau cermin mata hitam sebagai pelindung mata tambahan kepada topi keledar jenis ini.
Topi keledar separuh
Mempunyai reka bentuk sama dengan topi keledar 3/4, tetapi bahagian belakang singkat, topi keledar separuh ini memberikan perlindungan minima yang dibenarkan oleh undang-undang di US. Sebagaimana dengan topi keledar 3/4, ia biasanya digunakan bersama pelindung mata tambahan.
Kesemua jenis topi keledar ini mempunyai pengikat dagu, dan keupayaan mereka untuk memberikan perlindungan berkurangan dengan banyaknya sekiranya pengikat dagu tidak dikenakan dengan betul.





Terdapat topi keledar jenis lain - juga dikenali sebagai "beanies" atau "topi keledar berlainan (novelty)" - yang mana tidak disahkan dan biasanya hanya memberikan ilusi mematuhi undang-undang mewajibkan topi keledar. Topi keledar sedemikian biasanya lebih kecil dan ringan berbanding topi keledar diluluskan DOT, dan biasanya tidak sesuai bagi pelindungan perlanggaran disebabkan ia kekurangan bahan penyerap tenaga yang melindungi otak dengan membenarkannya berhenti secara perlahan-lahan sekiranya berlaku perlanggaran. "Topi luarbiasa (novelty)" mampu melindungi kulit kepala daripada terbakar matahari semasa menunggang dan - sekiranya ia kekal semasa perlanggaran - mungkin melindungi kulit kepala daripada bergeser, tetapi tidak mempunyai keupayaan bagi melindungi tengkorak ataupun otak.

Sesetengah topi keledar dilengkapi dengan MROS (Sistem Optik Pelbagai Pembalikan - Multiple Reflective Optic System): permukaan pembalikan dalam topi keledar yang berfungsi sebagai cermin pandang belakang [1].

[sunting] Binaan
Topi keledar moden dibina daripada plastik, seringkali gentian plastik diperkukuh dengan kevlar atau gentian karbon. Ia biasanya dilengkapi dengan fabrik dan gabus di bahagian dalam bagi keselesaan dan perlindungan. Topi keledar biasanya direka agar pecah dalam kemalangan (dengan itu menyingkir tenaga yang mungkin sampai ke tengkorak pengguna), oleh itu ia kehilangan sifat pelindungannya selepas hentakan pertama. Ambil perhatian bahawa hentakan boleh berlaku selain kemalangan seperti menjatuhkan topi keledar, dan mungkin tidak menunjukkan kerosakan luaran. Untuk perlindungan terbaik, topi keledar perlu ditukar selepas sebarang hentakan, dan setiap sekitar tiga tahun walaupun tiada hentakan diketahui berlaku.

[sunting] Fungsi
Topi keledar biasa mempunyai dua prinsip perlindungan: Cangkerang luar yang keras dan nipis, biasanya diperbuat daripada acrylonitrile butadiene styrene plastik (ABS), gentian kaca atau kevlar dan lapik lembut dan tebal dibahagian dalam yang biasanya diperbuat daripada gabus polystyrene atau gabus polypropylene. Matlamat cangkerang keras dibahagian luar adalah

untuk menghalang topi keledar ditembusi oleh objek tajam yang mampu menembusi tengkorak, dan
menjadi struktur kepada lapik dalaman agar ia tidak berkecai akibat bergeser dengan jalan. Ini amat penting kerana gabus yang digunakan tidak mudah ditembusi dan berkecai.
Kegunaan lapik gabus adalah untuk ia remuk apabila terkena hentaman, dengan itu meningkatkan jarak dan tempoh masa bagi topi keledar memperlahankan dan menghentikan pergerakan kepala.






Untuk memahami tindakan topi keledar, ia penting bagi memahami mekanisma kecederaan kepala. Pendapat umum biasa adalah kegunaan topi keledar adalah untuk melindungi kepala daripada pecah apabila terhantuk adalah salah. Keretakan kepala biasanya tidaklah membahayakan nyawa kecuali retakan itu mendak dan menekan otak dibawah dan keretakan tulang biasanya sembuh dalam tempoh yang singkat. Kecederaan otak adalah lebih serius. Ia biasanya menyebabkan kematian, kecacatan kekal atau perubahan tingkah-laku dan, tidak seperti tulang, tisu neurologikal mempunyai keupayaan terhad bagi sembuh selepas kecederaan. Dengan itu, matlamat utama topi keledar adalah untuk menghalang kecederaan otak trauma (traumatic) manakala kecederaan tengkorak dan muka adalah matlamat yang kedua.

Jenis kecederaan kepala paling biasa semasa kemalangan motosikal ialah kecederaan kepala tertutup, di mana kecederaan kepala tanpa tengkorak pecah berlainan dengan kecederaan kepala yang disebabkan oleh luka peluru. Kecederaan kepala tertutup disebabkan sentakan kuat pada bahagian kepala yang menyebabkan otak bergegar didalan tengkorak. Bayangkan bagaimana anda tersentak ke hadapan dan ke belakang semasa menaiki bas ketika ia memecut dan berhenti. Semasa hentaman kepada bahagian hadapan kepala, otak bergerak kehadapan, menekan tisu berhampiran tempat hentakan, menegang tisu pada bahagian bersetentangan. Kemudian otak tersentak pada arah berlawanan, menegang tisu dibahagian tempat hentaman dan menekan tisu pada bahagian bersententangan pula. Saluran darah yang menyambungkan otak kepada bahagian dalam tengkorak mungkin juga putus semasa kejadian ini, menyebabkan pendarahan yang merbahaya.

Jelas bahawa lapik pada topi keledar lembut dan tebal agar kepala berhenti pada kadar lebih perlahan semasa ia terbenam padanya. Malangnya terdapat had setebal mana topi keledar boleh dibuat kerana topi keledar menjadi tidak sesuai untuk digunakan sekiranya lapiknya melebihi 1 atau 2 inci tebal. Ini mengehadkan betapa lembut lapik yang digunakan. Sekiranya lapik itu terlalu lembut, kepala akan meremukkannya tanpa berhenti semasa kemalangan. Dengan itu kepala akan terhantuk pula dengan cangkerang keras topi keledar dan ini mampu menyebabkan kecederan teruk pada otak.

Ini bererti lapik topi keledar yang sesuai mestilah cukup keras untuk memperlahankan pergerakan kepala agar berhenti secara sekata sebelum ia meremukkan lapik tersebut sepenuhnya dan tidak lebih keras daripada yang diperlukan. Oleh itu berapa keras ia yang diperlukan? Jawapannya jelas, bergantung kepada keadaan. Ia bergantung kepada laju hentaman pada kepala, yang pastinya tidak diketahui semasa pengilangan topi keledar tersebut. Hasilnya ialah pengilang perlu memilih kelajuan yang mungkin berlaku semasa kemalangan dan mengoptima topi keledar bagi kelajuan tersebut. Sekiranya topi keledar tersebut dihentam lebih perlahan berbanding yang ia direka, ia akan membantu tetapi kepala akan berhenti lebih ganas berbanding yang sepatutnya perlu sekiranya diambil kira ruang yang ada antar bahagian dalam dan luar topi keledar tersebut, walaupun ia lebih perlahan berbanding tanpa topi keledar. Sekiranya hentaman itu lebih kuat berbanding reka bentuk, kepala akan meremukkan lapik sepenuhnya dan memperlahankan tetapi tidak berhenti pergerakan kepala semasa ia berlaku. Apabila bahan pelabih remuk sepenuhnya, kepala akan berhenti mengejut, satu keadaan yang tidak diingini. Bagaimanapun keadaan hentakan ini adalah lebih teruk sekiranya topi keledar tidak digunakan langsung.

Sungguhpun begitu, topi keledar dengan lapik yang lebih keras yang menghentikan kepala sebelum gabus lapik remuk sepenuhnya adalah lebih baik. Oleh itu topi keledar paling berkesan apabila hentaman berlaku pada kelajuan yang direka dan terus membantu pada kelajuan berlainan. Secara praktikal pengilang topi keledar memilih kelajuan hentaman yang mereka akan reka berasaskan kelajuan yang digunakan dalam ujian topi keledar piawaian. Kebanyakan topi keledar piawaian menggunakan kelajuan antara 5 dan 7 meter/sesaat. Pilihan ini akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam unit piwaian.

[sunting] Pengilang
Sebahagian pengilang topi keledar terkemuka ialah :

AGV
Arai
Bell
Nolan
Schuberth
Shoei (pronounced show-eh)
Suomy
[sunting] Undang-undang
Topi keledar dipercayai mengurangkan dengan berkesan kemalangan semasa perlanggaran motorsikal, dengan itu banyak negeri dan negara mempunyai undang-undang mengenai had minima topi keledar yang boleh diterima untuk digunakan oleh penunggang motorsikal. Ini tidak diterima umum dan terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan penguatkuasaan penggunaan topi keledar.

[sunting] Lain-lain
Topi keledar penuh kadang-kala digunakan dalam rompakan dan jenayah lain, sebagai cara mengelakkan dikenali. Untuk mereka yang terbabit dalam rusuhan, ia berfungsi sebagai perlindungan dan juga mengelakkan daripada dikenali.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Topi_keledar"

Tuesday, 10 November 2009

Jum konvoi Kuantan









hari tu kan 3 ahli DCC bersama MCC berkonvoi ke Kuantan. Ni dua sahabat DCC baru nak memulakan perjalanan..Wahh ada peminat2 yang menyaksikan../Jum kekawan ,,sesiapa yangg berminat untuk join DCC hantar lah msge anda di SHOUT BOX...jum ronda2