LATAR BELAKANG DCC

Dungun Chopper Club (DCC) ditubuhkan pada 1 Mac 2009 di Dungun,Terengganu Darul Iman. Tujuan utamanya adalah untuk mengumpulkan para peminat motorsikal besar (Easy Rider @CHOPPER,SPYDER, SuperBike,Naked Bike,) didalam satu rumpun. Dengan adanya kelab ini ,ianya membolehkan bikers berkongsi pendapat dan serta bertukar-tukar fikiran sesama mereka dan mengeratkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain. Fokus utama DCC adalah berbakti kepada agama, bangsa dan negara menerusi program program kebajikan.Keselamatan penunggang dan pembonceng amat dititikberatkan. Web ini juga diharapkan dapat membantu memudahkan sebarang maklumat untuk disampaikan. ....DCC sentiasa disisi

Friday 24 July 2009

Satar Ride ,Cukai












MAKAN SATAr MiNum AIR Nyior
Lupa la tarikh..Pada Mei yang lepas ahli kelab DCC bersantai ke Kemaman. Berhenti di tepi pantai sambil menikmati hidangan Satar dan air nyiur. Membincangkan hal2 motor abg Din yang memang pakar dengan motor besar berkuasa tinggi ini memberi petua penjagaan enjin motor kepada ahli2nya.Apa yang penting ,minyak enjin harus dijaga beb!



Thursday 23 July 2009

Ride -Rhu Rendang sambil menikmati hidangan chicken chop
















Aktiviti Bersantai mingguan.
Rhu Rendang, Marang.
Setiap ahli berpuas hati berkunjung ke Rhu Rendang Beach Resort , sambil menikmati hidangan chicken chop yang lazat serta air buah yang amat menyelerakan. Aktiviti minggu ini dipenuhi dengan ucapan dari Pengerusi Kelab dan AJK kelab telah mencadangkan supaya melangkah lebih jauh lagi agar matlamat dan tujuan yang telah dibincangkan tercapai. Walaupun ahli DCC baru 10 orang .tetapi semangat kerjasama kelab ni amat menggalakkan.

Wednesday 22 July 2009

Selamat datang ke laman "Dungun Chopper Club"




Kelab Motor Chopper Dungun ditubuhkan bertujuan untuk mengumpulkan para peminat dan para pengumpul motorsikal chopper didalam satu kelab. Ianaya membolehkan para peminat dan pengumpul motorsikal Chopper berkongsi pendapat dan padangan serta bertukar-tukar fikiran sesama mereka. Dengan ada nya web ini diharapkan ianya dapat membantu mengeratkan hubungan anatara ahli-ahli kelab serta memudahkan sebarang maklumat untuk disampaikan. Web ini mempunyai beberapa menu antaranya :


Motor Easy Rider Event

Setiap event yang akan diadakan akan diupdate diruanagan web ini , dan membolehkan semua ahli dan bukan ahli mendapat info berkaitan event dengan lebih cepat dan lebih mudah.


Join Club

Kelab ini mengalukan-alukan semua peminat dan pengumpul motorsikal chopper untuk menyertai kelab ini bagi tujuan mengeratkan silatulrahim sesama ahli.


For Sale

Ruangan For Sale ini bertujuan untuk sesiapa sahaja menjual motorsikal atau accesories yang ingin dijualnya


GalleryRuangan

Gallery akan memaparkan semua gambar aktiviti kelab dan sebarang gambar yang berkaitan dengan kelab.


Chopper's Members

Semua ahli kelab akan disenaraikan didalam ruangan ini, ini membolehkan semua ahli dapat mengetahui lebih dekat semua ahli-ahli kelab mereka.