LATAR BELAKANG DCC

Dungun Chopper Club (DCC) ditubuhkan pada 1 Mac 2009 di Dungun,Terengganu Darul Iman. Tujuan utamanya adalah untuk mengumpulkan para peminat motorsikal besar (Easy Rider @CHOPPER,SPYDER, SuperBike,Naked Bike,) didalam satu rumpun. Dengan adanya kelab ini ,ianya membolehkan bikers berkongsi pendapat dan serta bertukar-tukar fikiran sesama mereka dan mengeratkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain. Fokus utama DCC adalah berbakti kepada agama, bangsa dan negara menerusi program program kebajikan.Keselamatan penunggang dan pembonceng amat dititikberatkan. Web ini juga diharapkan dapat membantu memudahkan sebarang maklumat untuk disampaikan. ....DCC sentiasa disisi

Saturday 2 January 2010

PERJUMPAAN D.C.C

Assalamualaikum

PERJUMPAAN AHLI D.C.C




Dijemput

1. En. One
2. cg Langg
3. cg Zemie
4. SM Sazeli
5. Abg Din
6. Bro Shawal
7. En.Zakaria
8. Ustad Solehudin
9. En.Azlly
10.En Amy Paka
11.Cg Ishak
12.En.Hamzah
13.En.Hamsyah
14.En.Halim
15. cg Pian
16.En. Amir


InsyaAllah ,perjumpaan akan diadakan pada malam ini dan bertujuan untuk meraikan sahabat kita En.Hamsyah yang akan bertugas ke Sabah esok.

Tempat : Satay Batu Pahat, Dungun,Terengganu.
Tarikh : 2hb Januari 2010
Masa : 08.00 malam

Sekian, terima kasih.Jumpa disana nanti,...bawa laa motor ..bikers sejati kan..redah je lah..hujan.he3

Friday 1 January 2010

MESYUARAT DCC

Assalamualaikum

MESYUARAT DCC ~2010





1. One
2. cg Langg
3. cg Zemie
4. SM Sazeli
5. Abg Din
6. Bro Shawal
7. cg Ya
8. Ustad Solehudin
9. Azli
10.Amy Paka
11.Cg Ishak
12.Hamzah
13.Hamsyah
14.Halim
15. cg Pian
16. hazU

Mesyuarat DCC 2010 akan diadakan pada

Tarikh : 01/01/2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 malam
Tempat : Restoran Sri Molek, Hotel UiTM , Dungun , Terengganu.


Agenda Mesyuarat :
1. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
2. Memperkenalkan ahli baru
3. laporan Kewangan
4. perlantikan AJK baru 2010
5. Aktiviti DCC
6. Hal- hal lain.

Kehadiran ahli DCC amat dialu-alukan.Sekian terima kasih

SELAMAT TAHUN BARU ~2010



Assalamualaikum , ..Selamat Menyambut Tahun Baharu 2010 .Semuga azam baharu akan lebih mematangkan kita dalam menghadapi saki baki hidup yang penuh dugaan dan rintangan yang mendatang..





Pesanan buat ahli DCC dan pembaca serta penunggang motor sekelian,berhati hati dijalan raya serta menjadi penunggang berhemah.

PROGRAM IKHTIAR HIDUP PENUNGGANG MOTOSIKAL

PROGRAM IKHTIAR HIDUP PENUNGGANG MOTOSIKAL -
RIDER SURVIVAL PROGRAM



Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Malaysia, Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya (RSMC) dan PERKESO kini terus giat melaksanakan program keselamatan bagi golongan penunggang motosikal baru. Langkah ini amat penting ke arah meningkatkan dan menyedarkan orang ramai berhubung maklumat penting berkaitan isu-isu keselamatan jalan raya.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada golongan penunggang motosikal tentang peranan yang perlu dimainkan oleh mereka semasa menunggang di jalan raya yang sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya apabila penunggang masih boleh mengawal motosikal yang ditunggang ketika itu. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengurangkan risiko kecederaan parah dan kemalangan maut bagi meningkatkan kualiti keselamatan di jalan raya.

Sasaran JKJR ialah supaya program ini disokong oleh sektor korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan Kelab Penunggang Motosikal (Rider Clubs) di seluruh negara. Di samping itu, Persatuan Institut Memandu (PRIMA) akan juga menyokong program ini di mana 120 ahli akan menyertai program Rider Survival ini yang mensasarkan pemilik baru lesen “L”.

Sepanjang program ini, terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan seperti S Track, Bumpy Track, Curve Bump Track, Breaking Skill Track dan sebagainya yang bertujuan untk mengasah kemahiran dan kecekapan penunggang di jalan raya. DI samping itu, aktiviti-aktiviti lain seperti cara pemakaian topi keledar dengan betul, kemudahan pertanyaan saman yang tertunggak, bantuan kecemasan CPR, Kad Promosi Data Kecemasan dan sebagainya juga turut diadakan.

Program ini akan diperluaskan di di peringkat semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Oleh yang demikian, sokongan padu daripada Kelab Penunggang Motosikal, RSMC, badan bukan kerajaan dan sektor korporat dari setiap negeri amat diperlukan bagi merealisasikan matlamat program ini.

Turut menyertai dan menjayakan program pada hari ini adalah daripada pihak JPJ, PRIMA, PDRM, MIROS, SOCSO, dan RSMC.

20 Disember 2009

Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Malaysia

AMY PAKA



Amy Paka.., kami menanti anda!! Semuga Yamaha Virago 750cc akan sama2 berkonvoi satu Malaysia nanti.

SELAMAT MENJADI AHLI DCC CIKGU PIAN




Selamat Tahun Baharu ! Selamat datang buat Cikgu Pian , dan selamat menjadi ahli DCC. Kawasaki Vulcan 500cc cg Pian akan bersama2 kita berkonvoi menjelajahi Malaysia pada tahun 2010 ini..Tahniah , cikgu Pian.Semuga kita dapat berkongsi ilmu dan minat bersama.