LATAR BELAKANG DCC

Dungun Chopper Club (DCC) ditubuhkan pada 1 Mac 2009 di Dungun,Terengganu Darul Iman. Tujuan utamanya adalah untuk mengumpulkan para peminat motorsikal besar (Easy Rider @CHOPPER,SPYDER, SuperBike,Naked Bike,) didalam satu rumpun. Dengan adanya kelab ini ,ianya membolehkan bikers berkongsi pendapat dan serta bertukar-tukar fikiran sesama mereka dan mengeratkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain. Fokus utama DCC adalah berbakti kepada agama, bangsa dan negara menerusi program program kebajikan.Keselamatan penunggang dan pembonceng amat dititikberatkan. Web ini juga diharapkan dapat membantu memudahkan sebarang maklumat untuk disampaikan. ....DCC sentiasa disisi

Tuesday 25 October 2011

DCC bersama GaNU U-CHOPPER


Jumaat 14 Oktober 2011 , DCC bertemu 
Ganu U Chopper sempena KarniVal
Kejohanan  Kapal Layar 
Piala Monsun 2011

A.H.L.A.N    W.A.S.A.H.L.A.N

Karnival akan berakhir di Ri-Yaz Heritage
Marina Resort, Pulau Duyong pada
22-27 November 2011 serentak dengan
Kejohanan piala monsun

DCC & GANU -U-CHOPPER...
Kunjungan Ganu U-Chopper ke Dungun , di harap
akan lebih merapatkan persaudaraan
di kalangan bikers

Karnival Kapal layar berlangsung di Pantai Teluk Lipat,
Dungun,  Terengganu

berbincang dan bertukar pendapat

mencuba motor Ganu U Chopper

Ukhwah Fillah...
Terima Kasih Ganu U-Chopper ., anda memang
terbaekkkkkkkkkkkkkk !

Mantappp..



pada 22/10/2011~ DCC berkumpul jam 10.00 pagi untuk
membalas kunjungan Ganu U Chopper...arah tuju  adalah
tentu nya
K.U.A.L.A     B.E.R.A.N.G.
Walaubagaimana pun kunjungan ini terpaksa
dibatalkan pada saat akhir....disebabkan keadaan
cuaca yang tidak mengizinkan dan
hujan lebat..

S.M dan Kak Yam yang penuh  kesabaran..
walaupun semakin ramai ahli yg
 terpaksa mengundurkan diri
untuk mengikuti konVoi  ini disebabkan
keadaan cuaca yg kurang elok,
tetapi Ketua Projek DCC pada hari ini
masih dapat mensedekahkan senyuman
yang  paling manisss
Walaubagaimana pun ...apa yang penting kita
H.A.P.P.Y ....mungkin ALLAH tak izin kan kita
pergi pada hari ini...ada hikmah disebaliknya...
tapi esok masih ada kan...
InsyaALLAH.....


Kadang-kadang Allah beri kita hujan
Kita tanya mana matahari
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi
Kadang-kadang Allah beri kita malam yang pekat
Kita tanya mana bulan
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita lihat bintang
Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita
Allah patahkan hati kita untuk kuatkan diri kita



S.E.N.Y.U.M.M.M.M.M.M.M
itu 


S>E>D>E>K>A>H>>




A~'M~I~N~N