LATAR BELAKANG DCC

Dungun Chopper Club (DCC) ditubuhkan pada 1 Mac 2009 di Dungun,Terengganu Darul Iman. Tujuan utamanya adalah untuk mengumpulkan para peminat motorsikal besar (Easy Rider @CHOPPER,SPYDER, SuperBike,Naked Bike,) didalam satu rumpun. Dengan adanya kelab ini ,ianya membolehkan bikers berkongsi pendapat dan serta bertukar-tukar fikiran sesama mereka dan mengeratkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain. Fokus utama DCC adalah berbakti kepada agama, bangsa dan negara menerusi program program kebajikan.Keselamatan penunggang dan pembonceng amat dititikberatkan. Web ini juga diharapkan dapat membantu memudahkan sebarang maklumat untuk disampaikan. ....DCC sentiasa disisi

Saturday 22 August 2009

KIJAL RIDE











ASSALAMUALAIKUM,
Destinasi pertama ke Kerteh tapi DCC bikes telah meneruskan perjalanan ke Kijal ..Sempena menyambut Ramadan Sabtu 22hb Ogos, maka destinasi akhir Syaban ini diteruskan untuk makan Duku Kijal ,.Hai mengigil la jugak disebabkan hujan..Terima kasih pada abg Din ,Kali ini kami serbu dusun duku abg din

Thursday 20 August 2009

KEMASIK RIDE







Salam ,buat semua ahli DCC Jumaat 21/8/2009 jum g Kemasik..keluar awal sikit sebab malam kita dah mula bertarawikh..ok berehh..Apa2 nanti kite confirm smula dehh..
Tarikh : 21/08/2009
Hari : Jumaat
Masa : 4.00 pm

PANAS ENJIN JUM GI RANTAU ABANG









20 hb Ogos,esok sehari lagi bulan Syaban..dan lusa kita akan mula berpuasa...
jum ... panas engin motor ,,kite g Rantau Abang minum air kelape mude.Hamsyah pun pegi gak , tapi jumpa di jambatan kuala dungun..Sesiapa yang berminat nak beli motor boleh lah contact kami..(Motor Easy ride je yang ada..motor super ride ,,masih tak ade...dalam simpanan..) Seronok ride petang nie sebab En.Hamzah dapat join skali..dah muncul smula En.Hamzah yang sokmo bz dengan kerjanya....Ok Selamat

Wednesday 19 August 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA KELUARGA DCC











Assalamualaikum
selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
Kepada semua ahli DCC kita akan berbuka puasa bersama keluarga pada:

Tarikh : 1hb.September 2009
Hari : Selasa
Tempat : Bayu Grill Restoran, Hotel UiTM,Dungun ,Terengganu
Bayaran : RM18.oo (Dewasa)
RM 9.oo ( 7 tahun hingga 12 tahun)
PERCUMA (6 tahun ke bawah)
Pakaian : Baju Melayu
Menu : Buffet RAMADAN

Sila beri jawapan dan confirmkan bilangan ahli keluarga anda kepada Pengerusi DCC
En.Radzuan Noor bin Armia dengan segera , kerana tempat telah ditempah.Sekian Terima Kasih,