LATAR BELAKANG DCC

Dungun Chopper Club (DCC) ditubuhkan pada 1 Mac 2009 di Dungun,Terengganu Darul Iman. Tujuan utamanya adalah untuk mengumpulkan para peminat motorsikal besar (Easy Rider @CHOPPER,SPYDER, SuperBike,Naked Bike,) didalam satu rumpun. Dengan adanya kelab ini ,ianya membolehkan bikers berkongsi pendapat dan serta bertukar-tukar fikiran sesama mereka dan mengeratkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain. Fokus utama DCC adalah berbakti kepada agama, bangsa dan negara menerusi program program kebajikan.Keselamatan penunggang dan pembonceng amat dititikberatkan. Web ini juga diharapkan dapat membantu memudahkan sebarang maklumat untuk disampaikan. ....DCC sentiasa disisi

Saturday 15 August 2009

KETIBAAN TEMERLOH BIKERS







Sabtu 15hb.ogos ,Temerloh bikers telah selamat sampai ke Dungun pada jam 3.30 petang.DCC mengiringi Temerloh Bikers ke K.Terengganu. Berhenti di Kelulut dan di sambut oleh MCC (mixed Chopper Club) dari K.Terengganu... Kemudian berkonvoi semula dan berhenti untuk jamuan makan di Marang,,DCC pulang terus ke Dungun manakala Temerloh bikers diiringi oleh MCC ke resort yang telah ditempah..Semuga bertemu kembali !! EASY TO RIDE

MESYUARAT DCC KALI KE-2







alhamdulilah syukur kepada Allah.
Mesyuarat DCC kali ke dua telah dapat dijalankan. Pada awalnya DCC merancang bermesyuarat di Sri Molek , Hotel uitm., walaubagaimana pun terpaksa menukar arah ke Ulek Beach Resort . Walaupun seorang ahli DCC tidak dpt hadir (En.Hamzah) diharap En.Hamzah bersetuju dengan pembentangan dan perancangan kami. Aktiviti tahunan juga dibincangkan . Segala pertanyaan boleh lah dikemukakan kepada pengerusi DCC .

PANAS ENJIN JUM GI KERTEH








Assalamualaikum.
Aktiviti ke Kerteh untuk memanaskan enjin nampaknya berjaya.Sambil Menikmati roti Mc D ,..dan membincangkan hal hal semasa., kami juga berkongsi maklumat mengenai HARLEY DAVIDSON ..Soft Tail & Fat BOY..Sesiapa ada maklumat sila hubungi s/u DCC..Terima kasih

Thursday 13 August 2009

BIKERS CONVOY



Temerloh bikers akan melalui Dungun ,DCC dijemput mengiringi bikers yang akan ke K.Terengganu. Hubungi En.Azmi untuk maklumat lanjut.

Hari : Sabtu
Tarikh : 15 hb Ogos 2009
Masa : 2.00 pm (kemungkinan berubah)
Tempat berkumpul : Depan Politeknik Sultan Mizan
Pakaian : Black.DCC logo

Monday 10 August 2009

MESYUARAT KALI KE-2 DCC



Ruj. Kami : DCC/02/2009 Tarikh : 10 August 2009

Tajuk :
MESYUARAT DUNGUN CHOPPER CLUB KALI KE-2

Daripada :
Pegerusi
Dungun Chopper Club


Kepada :
Ahli DCC



Salam hormat.,

2. Dimaklumkan bahawa DCC akan mengadakan mesyuarat buat kali kedua pada
Tarikh : 10 Ogos 2009 (Isnin)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Sri Molek Restoran,Hotel Uitm
Pakaian : T-shirt Club



Kerjasama sepenuhnya daripada ahli DCC amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"EASY TO RIDE"