LATAR BELAKANG DCC

Dungun Chopper Club (DCC) ditubuhkan pada 1 Mac 2009 di Dungun,Terengganu Darul Iman. Tujuan utamanya adalah untuk mengumpulkan para peminat motorsikal besar (Easy Rider @CHOPPER,SPYDER, SuperBike,Naked Bike,) didalam satu rumpun. Dengan adanya kelab ini ,ianya membolehkan bikers berkongsi pendapat dan serta bertukar-tukar fikiran sesama mereka dan mengeratkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain. Fokus utama DCC adalah berbakti kepada agama, bangsa dan negara menerusi program program kebajikan.Keselamatan penunggang dan pembonceng amat dititikberatkan. Web ini juga diharapkan dapat membantu memudahkan sebarang maklumat untuk disampaikan. ....DCC sentiasa disisi

Thursday 15 April 2010

interview Zulu-tentang xCden


Asssalamualaikum, semuga anda semua dan sahabat DCC berada di dalam keadaan sihat walafiat sokmo. 2 hari lepas ambe g melawat Zulu d hospital K.Trg.Ambe sempat Interview Zulu serba sedikit berkenaan xCden tempoh hari......Rupa2nya kinzir hutan tetiba muncul dari sebelah kanan motor ,keluar dari semak lalu merempuh motor Zulu..Ada 2 ekor kinzir,..yg seekor tu mati on the spot.Zulu still boleh bawa motor dan sempat potong lori sebuah ,kereta sebuah pahtu  baru terasa kaki berdenyut denyut.,, so dia pun berhenti di tepi jalan.... sewaktu kejadian ini berlaku. ada seorang pokcik yang memerhatikannya.nak dijadikan cerita ,..pokcik tu follow Zulu then bila Zulu stop dia pun gi tolong .Masa tu bila tgk kaki ZUlu...haiii darahh punya la byk mengalirr...rupenya kaki Zulu dah patah..Zulu then call seorang kawan dia yg ada di Sebarang Pintasan dan juga call One.Ambulan datang dan Zulu di masukkan ke Hosp .K.Trg( nama baru ...lupe la pulok)

Berhati2 la wahai pemandu motosikal yang lain kalau lalu kat Seberang Pintasan tu..Mengikut cerita seorang saksi lagi..,tempat Zulu kena rempuh kinzir hutan tu...memang sama tempat dgn budak lelaki yang meninggal tahun lepas.., akibat peristiwa yang sama juga. budak tu (umur lebih kurang 18 tahun) bawa motor tetiba kinzir hutan merempuh motor dia...budak tu jatuh , then dia bangun smula..betul2kan  motor dia...tapiiiii kinzir tu pulok boleh buat U turn...kinzir tu serang smula budak lelaki malang tu...dan inalilahi wainalilahi rojiiunn...meninggal.,..maka sama2 lah kita ambil iktibar dari cerita di atas...Malang tidak berbau..Hati hati di jalan raya..Semuga Allah merahmati dan melindungi bikers semua..dan buat sahabat Dcc Mr Zulu Alpha Zulu..(Azizan) kami doakan anda cepat sembuh hendaknya..AMIINN.