LATAR BELAKANG DCC

Dungun Chopper Club (DCC) ditubuhkan pada 1 Mac 2009 di Dungun,Terengganu Darul Iman. Tujuan utamanya adalah untuk mengumpulkan para peminat motorsikal besar (Easy Rider @CHOPPER,SPYDER, SuperBike,Naked Bike,) didalam satu rumpun. Dengan adanya kelab ini ,ianya membolehkan bikers berkongsi pendapat dan serta bertukar-tukar fikiran sesama mereka dan mengeratkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain. Fokus utama DCC adalah berbakti kepada agama, bangsa dan negara menerusi program program kebajikan.Keselamatan penunggang dan pembonceng amat dititikberatkan. Web ini juga diharapkan dapat membantu memudahkan sebarang maklumat untuk disampaikan. ....DCC sentiasa disisi

Tuesday, 8 September 2009

SAMBUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA KELUARGA DCC

















salam,..hari ini majlis berbuka puasa keluarga DCC berjalan dengan penuh kesyukuran dan penuh rasa gembira kerana dapat berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Walaupun begitu ingatan kepada Cg Ya tetap dihati,,nampaknya cg Ya terpaksa berbuka di IAB,...demi tugas ,..apa2 pun diharapkan semuga sambutan hari Raya yang akan datang akan bertambah meriah lagi bila cg Ya bersama2 meraikannya dgn kita nanti..Kami semua berasa amat gembira apabila En.Hamzah muncul bersama2 keluarganya.Syukur alhamdulilah En.Hamzah telah pun dibenarkan keluar dari hospital pagi tadi, ribuan terima kasih buat En.Hamzah dan keluarga,..sama sama lah kita doakan agar En.hamzah akan sihat sepenuhnya.

Monday, 7 September 2009

PANAS ENJIN JUM GI BUKIT BESI




















Assalamualaikum , hari ni merupakan hari yang ke 17 umat Islam berpuasa.Semuga puasa kita diberkati olehnya. Walaupun berpuasa,.enjin motor mesti kena panaskan juga. Hari ini aktiviti DCC adalah berkonvoi ke Bukit Besi,..dan berkumpul di Kampung Che Lijah. Walaupun cuma tiga buah virago 535 dan sebuah 1100cc yang turut serta pada hari ini tetapi , syabas mereka sampai ke Bukit Besi dalam jangka masa 45 minit.,dgn speed 110 km sejam.Berhati hati dijalan raya,dan semuga kita berjaya menjadi pemandu berhemah..easy to ride..DCC!!,..

PENGUMUMAN: KEPADA SEMUA AHLI DCC _ ESOK 8hb SEPT 2009, MAJLIS BERBUKA PUASA KELUARGA DCC AKAN DIADAKAN DI BAYU GRILL ,HOTEL UITM...JUMPA DISANA SEBELUM JAM 7.00 YA!!

Saturday, 5 September 2009

EN.HAMZAH DIRAWAT DI HOSPITAL DUNGUN
















Assalamualaikum.
Saudara kita En.Hamzah Virago 535, kini masih dirawat di Hospital Dungun , sejak beberapa hari yang lalu. Sama2 kita doakan agar beliau segera pulih dari sakitnya.

Wednesday, 2 September 2009

BERMINAT UNTUK TURUN CONVOI ? JUM..







3 NATION CHARITY RIDE 2009 - PENANG, MALAYSIA [ ขับขี่การกุศลสามชาติ-ปีนัง มาเลเซีย ]

DATE : 26 - 27 SEPTEMBER 2009
วันที่จัดงาน : 26 - 27 กันยายน 2552

VENUE : PENANG, MALAYSIA
ที่พบปะกัน : ปีนัง, มาเลเซีย

REGISTRATION FEE : RM 150 ( EVENT T-SHIRT, RIDE T-SHIRT, STICKER, LUNCH,
CHARITY DINNER @ HOTEL EQUATORIAL, LUCKY DRAW, EVENT DVD... ETC )

ค่าธรรมเนียมการลงทะเบียน : RM 150 ( กิจกรรมเสื้อยืด, การขี้ม้า-เสื้อยืด, สติกเกอร์, อาหารกลางวัน,
กุศลดินเนอร์ @ โรงแรมในแถบเส้นศูนย์สูตร, โชควาด, กิจกรรมดีวีดี ... อื่นๆ )


Ahli DCC yang berminat untuk mengikuti convoi ini sila hubungi Pengerusi : One (019-9275844) radznoor@hotmail.com. Sekian ,terima kasih

Tuesday, 1 September 2009

Koleksi motor DCC









Sebahagian dari koleksi motor DCC....tungguuuuuuuuuuuu ,...next episode...semua motor akan diupgradekan...tunggu bonus laa

BERBUKA PUASA BERSAMA EN.HAMSYAH




31 hb.Ogos 2009 - SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA !!

Assalamualaikum..,kepada semua ahli DCC majlis berbuka puasa pada 31hb Ogos 2009 untuk meraikan En.Hamsyah yang akan bertukar ke Sabah terpaksa di tunda ,disebabkan En.Hamsyah tidak dapat hadir.. Penetapan tarikh baru akan diberitahu kelak.Harap Maklum..Sekian, Terima Kasih

SELAMAT HARI MERDEKA










Walaupun bulan puasa tapi semangat 3 anggota DCC tak pernah padam,...semangat memanaskan enjin motor .Sepatutnya panaskan enjin motor ni sampai ke Rantau Abang saje, tapi terlajak sampai ke Kelulut..Gambar terbaru tak dapat dirakamkan disini..cuma berita terkini sahaja..Lagipun Merdeka Day kan so ride sambil sambut merdeka lah tu..( Halim 535-tiada dalam gambar, Zemie ,One)

Friday, 28 August 2009

KEMBALI KE RAHMATULLAH

Assalamualaikum,
Dimaklumkan bahawa ibu mertua kepada En.Hamzah telah kembali ke rahmatullah pada jam 2 lebih tadi.(28/2/2009)Semuga En.Hamzah sekeluarga tabah menghadapi dugaan di awal bulan Ramadhan ini dan didoakan allahyarhamah dicucuri rahmat Allah dan diletakkan di antara orang orang yang beriman.Amin..Al Fatihah.

Thursday, 27 August 2009

PERTUKARAN TARIKH MAJLIS BERBUKA PUASA KELUARGA DCC












Assalamualaikum,
Disebabkan bendahari kita En.SM Sazali mempunyai tugas yang tidak dapat dielakkan maka tarikh majlis berbuka puasa Keluarga DCC ditunda pada:

Tarikh : 8.9.2009
Hari : Selasa
Tempat : Bayu Grill,Hotel Uitm
Masa : 7.00 malam

Harga : Dewasa RM18.00
anak bawah 6 tahun :percuma

Diharap mendapat kerjasama dari ahli DCC untuk confirmkan bilangan ahli yang akan hadir. Saya juga ingin mengucapkan selamat datang kepada ahli baru kita iaitu,En.Halim dari Rantau Abang yang akan turut serta berbuka puasa bersama2 ahli keluarganya .

Sila hubungi : One (019-9275844)untuk maklumat lanjut

Sekian,terima kasih

Sunday, 23 August 2009

KIJAL RIDE












(sambungan) DUKU KIJAL RIDE, Jumaat 21 Ogos ,2009..Ini lah duku kijal, sedap manisnya buah duku free nie,.Diatas sebab2 yang tak dapat dielakkan 3 orang ahli DCC tidak dapat hadir makan duku fresh ni sebelum berpuasa..Thanks to abg Din..Tahun depan kita makan durian kijal free pulok!! OK ,Blog ini akan diupdatekan seminggu dari sekarang sebab s/u DCC nak balik Kedah..Apa apa hal presiden masih ada di DUngun..Kalau nak ride petang panas panas engin boleh hubungi One..ada sesiapa lagi yang berminat nak join kami.??..jum!! Kehadiran anda amat dinantikan..SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA,...dan perbanyakkanlah amalan anda...Jumpa lagi..wassalam