LATAR BELAKANG DCC

Dungun Chopper Club (DCC) ditubuhkan pada 1 Mac 2009 di Dungun,Terengganu Darul Iman. Tujuan utamanya adalah untuk mengumpulkan para peminat motorsikal besar (Easy Rider @CHOPPER,SPYDER, SuperBike,Naked Bike,) didalam satu rumpun. Dengan adanya kelab ini ,ianya membolehkan bikers berkongsi pendapat dan serta bertukar-tukar fikiran sesama mereka dan mengeratkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain. Fokus utama DCC adalah berbakti kepada agama, bangsa dan negara menerusi program program kebajikan.Keselamatan penunggang dan pembonceng amat dititikberatkan. Web ini juga diharapkan dapat membantu memudahkan sebarang maklumat untuk disampaikan. ....DCC sentiasa disisi

Sunday, 10 July 2011

DCC mengiringi Pengarah JPNT ke Majlis Penutup TIZ Edu-Fest 2011

 2 JULAI 2011, Cikgu Jasli bin Ismail menjemput DCC untuk mengiringi
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT)~
Encik Razali bin Daud ke Majlis Penutup
TIZ Edu-Fest 2011.

  1. Terima kasih Cikgu !~
  2. Bagi sesiapa yang masih belajar~Hormati Guru Anda
  3. Berbuat baik pada guru anda
  4. Jangan derhaka atau kurang ajar kepada sesiapa yang menurunkan
  5. ilmu kepada kita



Guru telah bekorban dengan sehabisnya demi kebaikan dan kepentingan anak bangsa.

Ucapan terima kasih kepada En".Joe Labi"  kerana membenarkan DCC

meng upload sebahagian pic yang telah diambil oleh beliau...TQVM

Pengarah JPNT~ Encik Razali bin Daud.

Perbarisan Unit Beruniform

Pengarah JPNT yang segak dan tegap

Pelajar pintar yang penuh disiplin diri

penuh perhatian

Memeriksa barisan

Ahli DCC  sentiasa Di sisi ~ Kami hormat  cikgu,..

Tanpa cikgu ,,siapa lah kami....

barisan guru yang rajin

Ahli DCC pun cikgu jugak...hehehehe

Hantar message dulu...bisness..bisness

tiga jejaka dengan penuh gaya

ni pakai topi keledar ke hape..hehe

membistarikan generasi alaf baru

bakal membuka kilang tupperware~hii

Generasi muda penerus bangsa


makanan disediakan....orang berbudi kita berbahasa

orang memberi .., kita merasa...jOmm makan..hehe


Sedappnye..thank You SMTIZ

Masa untuk pulang ~ VvrOooommm                   


    GURU Oh GURU
Berburu  ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979









DCC bersama Anak Yatim Darul Falah


Assalamualaikum ~ better late then neVer...pada bulan lepas,
atau bulan yang lepas lepas (huhu...sorry lambat upload pic lagie...AmPun!!)
Presiden ,naib Presiden dan Bendahari DCC telah  menziarahi
anak-anak yatim Darul Falah bagi menyampaikan "indoor games"
serta "Water heater dan Water Cooler" untuk kegunaan anak-anak 
yang disayangi ini-

Sama-sama kita menyumbang untuk kebajikan anak-anak yatim.  

sumbangan datang daripada pihak yang bermurah hati  

Mengembirakan orang miskin dan anak yatim adalah semulia mulia amal

Sebarkanlah niat murni kepada sesama insan

Semuga pertolongan kita yang sedikit ini dapat mengembirakan mereka.

Water heater@ Water Cooler persediaan bagi bulan Ramadan yang bakal mengunjungi kita

"Sesiapa menyanyangi anak yatim, di syurga nanti ........

....dekat dengan Nabi Muhammad S.A.W

ibarat 2 jari ..iaitu jari telunjuk dan jari tengah ,tiada jarak "



Seronoknya mereka

Terima kasih kepada yang memberi sumbangan

Semuga ALLAH memberkati segala amal kebajikan yang kita laksanakan

Gembira bermain skateboard

Iron Board...boleh gosok baju sekolah...yahoo !

JOmm main Bola..

Wahh,,seronoknya..banyak permainan

Bro One dan Bro Shawal

iron man

try bola ping pong

Yess..bro S.M..............berpuas hati.        
DENGARLAH DENGAR WAHAI AYAHKU
by : Pesona Cahaya Hati

rintihan anak yatim piatu,
hidup tiada tempat mengadu,
sering bersedih sepanjang waktu.

wahai ayahku semua muslim,
dengarlah rintih  si anak yatim,
hidup sendiri sepanjang musim,
hanyalah Allah yang Maha Rahim.

Inilah ratap bercampur tangis,
perih hatiku bagai teriris,
sedih dan papa telah terlukis,
sepanjang masa tak pernah habis.

Wahai ayahku mukmin semua,
mengapa ayah begitu tega,
lihat ananda bermuram durja,
menangis pilu diujung senja.

II
Ibuku mati ayahku hilang,
berkali sudah masa terbilang,
pilu hatiku bukan kepalang,
rindunya daku kasih dan sayang.

Puncaknya pedih di hari raya,
melihat anak gembira ria,
pergi ke mesjid bersama ayah,
berbaju baru bagus meriah.

Sedangkan aku duduk tergugu,
memakai baju koyak lamaku,
robek kujahit dengan tanganku,
itulah wujud hari rayaku..

III
anak yang lain kian kemari,
berjajan kue yang digemari,
kuteguk air liur sendiri,
tak ada tangan datang memberi.

Tawa dan canda dimana-mana,
kembang apipun terang merona,
melihat semua daku terpana,
sambil berdiri diujung sana.

Kadang tangisku sampai mengigil,
berharap Dia segera mengambil.
imanmu masih lemah dan labil,
menuduh Dia sudah tak adil.

IV
Kutahu ayah pernah berhikmah,
pelihara ananda tugas utama,
akan diberkati empat puluh rumah,
atas ketaatan pada agama.

Allahu robbi telah berfirman,
pendusta agama tidak beriman,
bila si yatim jadi tak aman,
neraka wail tempat ditahan.

Hamba bermohon kepada ayah,
anak yatim jangan disia,
di sorga dibalas satu rumah,
diberkati Allah sepanjang usia.

IV
Kadang liurku jatuh terlompat,
terbayang enaknya rasa ketupat,
dimakan dengan opor sekerat,
tapi semua hanya ibarat.

Kadangpun ada orang kasihan,
dibagi aku saat lebaran,
cukuplah agar tak penasaran,
sebagai obat untuk hiburan.

Kadang ayah tak kusalahkan,
harapan kami tak tersampaikan,
karena yatim berperasaan,
kalau ditolak jadi rintihan.

(by Macsada).

Monday, 4 July 2011

ULANGTAHUN KE 10 UMT~2011

11 Mac 2011, DCC telah ke UMT atas undangan Chek Wan, salah
seorang pensyarah UMT yang juga bikers dan photographer tersohor

Seperti biasa,sorrylah brader ,pic2 ni baru  ambe temui semula
setelah membelek2 handphone ambe ~maaf kan laaa...lewat sokmo
meng Upload pic..

Begitu asyik menyaksikan persembahan kebudayaan Sabah,
sehingga tak sedar paparazi ambil gambar

Ada yang sampai terlena sambil duduk...kihkihkihh

Terlalu sebok buat bisness melalui handphone...relax bro..lupekan
dulu hal kerja..

ShoPpIng ....laa

Awek BorneO

Sempat lagi Presiden berposing dengan gadis BorneO

Jelingan manja...tak sabar nak balik rumah

Lepak dulu


Chek Wan...Pilih yang mana satu Chek Wan?? Kalau betul dapat
hadiah...sebuah motor Harley Davison ( mainan)hu3