LATAR BELAKANG DCC

Dungun Chopper Club (DCC) ditubuhkan pada 1 Mac 2009 di Dungun,Terengganu Darul Iman. Tujuan utamanya adalah untuk mengumpulkan para peminat motorsikal besar (Easy Rider @CHOPPER,SPYDER, SuperBike,Naked Bike,) didalam satu rumpun. Dengan adanya kelab ini ,ianya membolehkan bikers berkongsi pendapat dan serta bertukar-tukar fikiran sesama mereka dan mengeratkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain. Fokus utama DCC adalah berbakti kepada agama, bangsa dan negara menerusi program program kebajikan.Keselamatan penunggang dan pembonceng amat dititikberatkan. Web ini juga diharapkan dapat membantu memudahkan sebarang maklumat untuk disampaikan. ....DCC sentiasa disisi

Saturday, 23 January 2010

MESYUARAT DCC 2010

Mesyuarat DCC 2010 telah memutuskan perlantikan AJK diteruskan mengikut AJK tahun lepas.



Mesyuarat telah diadakan di Dewan Buana ,Hotel Uitm.



Agenda Mesyuarat turut memperkenalkan beberapa ahli DCC yang baharu.



Diharapkan agar ahli DCC menyokong penuh acara2 yang diadakan oleh DCC pada tahun ini.


DCC - Easy to Ride !

Sunday, 10 January 2010

RIDE MALAM,~PANTAI TELOK LIPAT



Ride ke Pantai Telok Lipat !! Jum,



Lepas makan satay, DCC menuju ke Pantai Telok Lipat bersama ahli yang diraikan En.Hamsyah.



Jutaan terima kasih buat Bro Syawal dan Amir kerana telah mengambil gambar2 yang cantik ini untuk tatapan bersama .



seronok ride sebab perut dah kekenyangan makan satay



Lama x ride malam ,sejak hujan rahmat turun mencurah



Malam yang cerah , ambil kesempatan bergambar kenangan di belakang surau Pantai Telok Lipat..



di depan adalah Laut Cina Selatan


Setelah kekenyangan makan satay, semua ride ke Pantai Telok Lipat.



Malam ni DCC amat beruntung kerana Ustad Solehudin dapat turun sama.., dan DCC menantikan kehadiran Amy_Paka..insyaALLAH bila ada kelapangan.



Amir .



SM Sazeli nampak bz sokmo.



Memikirkan untuk ke mana selepas ini.

JAMUAN SATAY MERAIKAN MR.HAMSYAH



Sama-sama kita doakan semuga En.Hamsyah akan segera sihat walafiat dan dilindungi ALLAH hendaknya...nampak sedap satay diatas meja ni.



SM Sazeli memberi taklimat dan Mezah mencatat minit di via nokia E75.



santai




Kusyuk mendengar ceramah dari Mr.Hamsyah


Mezah sebok search Mudah.com Virago 1100cc



SM Sazeli memberi semangat baru pada AMir.



Kedai Satay Batu Pahat..tapi kat Dungun..



Beratur menunggu ahli yang lain.

AYAH DAN ANAK BERKONGSI MINAT YANG SAMA



Seronok bila boleh ayah berkongsi minat yang sama.Begitulah yang dirasai oleh saudara Bro.Syawal dan anaknya Amir.



Walaupun Amir terpaksa belayar berjuta juta batu jauh di tengah laut, namun chopper adalah pilihan hati Amir!.


Apabila bercuti Amir memanafaatkan masanya bersama ayah tersayang berkonvoi bersama-sama DCC untuk memenuhi masa lapangnya.



Tungguuuuu...tak lama lagi akan muncul Harley Davison Amir yang akan dibawa pulang...,

Wednesday, 6 January 2010

KOPITIAM DUNGUN



Meraikan kedatangan ahli baru DCC menjamu selera di KOPiTiaM Dungun,.SM Sazeli asyik dengan roti bakar dan kopi o ,sehingga menjilat jari ha3



Perjumpaan malam ini ,agak melaparkan perut.., sampai licin roti dimakan..saudara Halim sabo2 sikit bohh,nanti tercekik.,..



Diskusi hangatt.. berita sensasi ada ahli yang nak melamar chopper baru..



SM Sazeli merancang utk convoi Kelantan .,.harap2 jadi kali ini.



Abg Din memikirkan motor Amy_paka ..

SELAMAT MENJADI AHLI DCC KHEROLD & AMIR

Syabas diucapkan kepada saudara Kherold dan Amir ! Selamat Menjadi Ahli DCC !
5hb Januari 2010 ~DCC amat gembira menerima dua orang ahli baru , sempena tahun baru ini.


Saudara Kherold mungkin dapat menyumbangkan pendapat dan berkongsi ilmu bersama .



Saudara AMir diharap dapat berkongsi pendapat mengenai perjalanan jauhnya dengan Virago serta memberi idea2 baru mengenai motosikal.Terima kasih kerana sudi menyertai kami.











DCC ~ EasY to Ride

SELEPAS MAKAN SATAY BATU PAHAT

Salam,

Jamuan meraikan saudara Hamsyah yang akan ke Sabah agak meriah disebabkan hampir kesemua ahli dapat hadir dan makan satay bersama di Restoran Satay Batu Pahat.
Selepas kenyang semua berconvoi ke Pantai Telok Lipat



Inilah motor ahli yang hadir..pic makan satay yang lain akan diupload oleh bro Syawal,Zemie dan Mezah..Tunggguuuuuuuuuuuuu..