LATAR BELAKANG DCC

Dungun Chopper Club (DCC) ditubuhkan pada 1 Mac 2009 di Dungun,Terengganu Darul Iman. Tujuan utamanya adalah untuk mengumpulkan para peminat motorsikal besar (Easy Rider @CHOPPER,SPYDER, SuperBike,Naked Bike,) didalam satu rumpun. Dengan adanya kelab ini ,ianya membolehkan bikers berkongsi pendapat dan serta bertukar-tukar fikiran sesama mereka dan mengeratkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain. Fokus utama DCC adalah berbakti kepada agama, bangsa dan negara menerusi program program kebajikan.Keselamatan penunggang dan pembonceng amat dititikberatkan. Web ini juga diharapkan dapat membantu memudahkan sebarang maklumat untuk disampaikan. ....DCC sentiasa disisi

Tuesday, 1 September 2009

BERBUKA PUASA BERSAMA EN.HAMSYAH




31 hb.Ogos 2009 - SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA !!

Assalamualaikum..,kepada semua ahli DCC majlis berbuka puasa pada 31hb Ogos 2009 untuk meraikan En.Hamsyah yang akan bertukar ke Sabah terpaksa di tunda ,disebabkan En.Hamsyah tidak dapat hadir.. Penetapan tarikh baru akan diberitahu kelak.Harap Maklum..Sekian, Terima Kasih

SELAMAT HARI MERDEKA










Walaupun bulan puasa tapi semangat 3 anggota DCC tak pernah padam,...semangat memanaskan enjin motor .Sepatutnya panaskan enjin motor ni sampai ke Rantau Abang saje, tapi terlajak sampai ke Kelulut..Gambar terbaru tak dapat dirakamkan disini..cuma berita terkini sahaja..Lagipun Merdeka Day kan so ride sambil sambut merdeka lah tu..( Halim 535-tiada dalam gambar, Zemie ,One)

Friday, 28 August 2009

KEMBALI KE RAHMATULLAH

Assalamualaikum,
Dimaklumkan bahawa ibu mertua kepada En.Hamzah telah kembali ke rahmatullah pada jam 2 lebih tadi.(28/2/2009)Semuga En.Hamzah sekeluarga tabah menghadapi dugaan di awal bulan Ramadhan ini dan didoakan allahyarhamah dicucuri rahmat Allah dan diletakkan di antara orang orang yang beriman.Amin..Al Fatihah.

Thursday, 27 August 2009

PERTUKARAN TARIKH MAJLIS BERBUKA PUASA KELUARGA DCC












Assalamualaikum,
Disebabkan bendahari kita En.SM Sazali mempunyai tugas yang tidak dapat dielakkan maka tarikh majlis berbuka puasa Keluarga DCC ditunda pada:

Tarikh : 8.9.2009
Hari : Selasa
Tempat : Bayu Grill,Hotel Uitm
Masa : 7.00 malam

Harga : Dewasa RM18.00
anak bawah 6 tahun :percuma

Diharap mendapat kerjasama dari ahli DCC untuk confirmkan bilangan ahli yang akan hadir. Saya juga ingin mengucapkan selamat datang kepada ahli baru kita iaitu,En.Halim dari Rantau Abang yang akan turut serta berbuka puasa bersama2 ahli keluarganya .

Sila hubungi : One (019-9275844)untuk maklumat lanjut

Sekian,terima kasih

Sunday, 23 August 2009

KIJAL RIDE












(sambungan) DUKU KIJAL RIDE, Jumaat 21 Ogos ,2009..Ini lah duku kijal, sedap manisnya buah duku free nie,.Diatas sebab2 yang tak dapat dielakkan 3 orang ahli DCC tidak dapat hadir makan duku fresh ni sebelum berpuasa..Thanks to abg Din..Tahun depan kita makan durian kijal free pulok!! OK ,Blog ini akan diupdatekan seminggu dari sekarang sebab s/u DCC nak balik Kedah..Apa apa hal presiden masih ada di DUngun..Kalau nak ride petang panas panas engin boleh hubungi One..ada sesiapa lagi yang berminat nak join kami.??..jum!! Kehadiran anda amat dinantikan..SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA,...dan perbanyakkanlah amalan anda...Jumpa lagi..wassalam

Saturday, 22 August 2009

KIJAL RIDE











ASSALAMUALAIKUM,
Destinasi pertama ke Kerteh tapi DCC bikes telah meneruskan perjalanan ke Kijal ..Sempena menyambut Ramadan Sabtu 22hb Ogos, maka destinasi akhir Syaban ini diteruskan untuk makan Duku Kijal ,.Hai mengigil la jugak disebabkan hujan..Terima kasih pada abg Din ,Kali ini kami serbu dusun duku abg din

Thursday, 20 August 2009

KEMASIK RIDE







Salam ,buat semua ahli DCC Jumaat 21/8/2009 jum g Kemasik..keluar awal sikit sebab malam kita dah mula bertarawikh..ok berehh..Apa2 nanti kite confirm smula dehh..
Tarikh : 21/08/2009
Hari : Jumaat
Masa : 4.00 pm

PANAS ENJIN JUM GI RANTAU ABANG









20 hb Ogos,esok sehari lagi bulan Syaban..dan lusa kita akan mula berpuasa...
jum ... panas engin motor ,,kite g Rantau Abang minum air kelape mude.Hamsyah pun pegi gak , tapi jumpa di jambatan kuala dungun..Sesiapa yang berminat nak beli motor boleh lah contact kami..(Motor Easy ride je yang ada..motor super ride ,,masih tak ade...dalam simpanan..) Seronok ride petang nie sebab En.Hamzah dapat join skali..dah muncul smula En.Hamzah yang sokmo bz dengan kerjanya....Ok Selamat

Wednesday, 19 August 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA KELUARGA DCC











Assalamualaikum
selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
Kepada semua ahli DCC kita akan berbuka puasa bersama keluarga pada:

Tarikh : 1hb.September 2009
Hari : Selasa
Tempat : Bayu Grill Restoran, Hotel UiTM,Dungun ,Terengganu
Bayaran : RM18.oo (Dewasa)
RM 9.oo ( 7 tahun hingga 12 tahun)
PERCUMA (6 tahun ke bawah)
Pakaian : Baju Melayu
Menu : Buffet RAMADAN

Sila beri jawapan dan confirmkan bilangan ahli keluarga anda kepada Pengerusi DCC
En.Radzuan Noor bin Armia dengan segera , kerana tempat telah ditempah.Sekian Terima Kasih,