LATAR BELAKANG DCC

Dungun Chopper Club (DCC) ditubuhkan pada 1 Mac 2009 di Dungun,Terengganu Darul Iman. Tujuan utamanya adalah untuk mengumpulkan para peminat motorsikal besar (Easy Rider @CHOPPER,SPYDER, SuperBike,Naked Bike,) didalam satu rumpun. Dengan adanya kelab ini ,ianya membolehkan bikers berkongsi pendapat dan serta bertukar-tukar fikiran sesama mereka dan mengeratkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain. Fokus utama DCC adalah berbakti kepada agama, bangsa dan negara menerusi program program kebajikan.Keselamatan penunggang dan pembonceng amat dititikberatkan. Web ini juga diharapkan dapat membantu memudahkan sebarang maklumat untuk disampaikan. ....DCC sentiasa disisi

Friday 29 July 2011

DCC meraikan Sambutan Jubli Perak ke 25 SMK Padang Pulut

Sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun SMK Padang Pulut, amat meriah sekali . Dungun Chopper Club juga diberi kesempatan oleh Pengetua SMKPP untuk menyampai maklumat dan nasihat buat para pelajar yang di kasihi agar lebih menghargai diri mereka ,supaya tidak merempit sesuka hati.Alhadulilah ahli DCC juga mempunyai seorang Kaunselor  yang pakar memberi motivasi(Awie DCC). Para pelajar di nasihatkan supaya belajar bersungguh-sungguh dan menabunglah untuk membeli motosikal berkuasa tinggi (sekiranya mereka berminat),di samping itu mereka boleh berkonvoi serta melakukan kerja-kerja amal dan membina jati diri agar lebih bersemangat waja dalam menempuh penghidupan yang semakin mencabar..Terima kasih kepada Zemie DCC kerana menjemput DCC  meraikan Jubli Perak ini...Nasi Lemak yang dihidang kan bersama teh tarik ...amat menyelerakan dan sungguh sedap sekali....Terima kasih daun keladi...lain kali panggil lah lagi.....VrOOoooooooooommmmm...

No comments:

Post a Comment