Jutaan terima kasih kepada saudara Abd. Halim di atas persiapan tempat yang amat rasmi sekali.
WCG telah diraikan di Pusat Penyu dan Ekosistem, Rantau Abang. Di samping saling memperkenalkan ahli masing-masing ,penerangan rasmi mengenai kehidupan Penyu juga diselitkan.
Rantau Abang terkenal sebagi destinasi pelancongan di Terengganu kerana menjadi tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Pantai Rantau Abang merupakan salah satu destinasi untuk penyu Belimbing bertelur selain daripada 3 kawasan persisiran pantai Amerika Selatan, "Las Baulas".
|