Sunday, 10 July 2011

DCC mengiringi Pengarah JPNT ke Majlis Penutup TIZ Edu-Fest 2011

 2 JULAI 2011, Cikgu Jasli bin Ismail menjemput DCC untuk mengiringi
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT)~
Encik Razali bin Daud ke Majlis Penutup
TIZ Edu-Fest 2011.

  1. Terima kasih Cikgu !~
  2. Bagi sesiapa yang masih belajar~Hormati Guru Anda
  3. Berbuat baik pada guru anda
  4. Jangan derhaka atau kurang ajar kepada sesiapa yang menurunkan
  5. ilmu kepada kita



Guru telah bekorban dengan sehabisnya demi kebaikan dan kepentingan anak bangsa.

Ucapan terima kasih kepada En".Joe Labi"  kerana membenarkan DCC

meng upload sebahagian pic yang telah diambil oleh beliau...TQVM

Pengarah JPNT~ Encik Razali bin Daud.

Perbarisan Unit Beruniform

Pengarah JPNT yang segak dan tegap

Pelajar pintar yang penuh disiplin diri

penuh perhatian

Memeriksa barisan

Ahli DCC  sentiasa Di sisi ~ Kami hormat  cikgu,..

Tanpa cikgu ,,siapa lah kami....

barisan guru yang rajin

Ahli DCC pun cikgu jugak...hehehehe

Hantar message dulu...bisness..bisness

tiga jejaka dengan penuh gaya

ni pakai topi keledar ke hape..hehe

membistarikan generasi alaf baru

bakal membuka kilang tupperware~hii

Generasi muda penerus bangsa


makanan disediakan....orang berbudi kita berbahasa

orang memberi .., kita merasa...jOmm makan..hehe


Sedappnye..thank You SMTIZ

Masa untuk pulang ~ VvrOooommm                   


    GURU Oh GURU
Berburu  ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979









No comments: