Tuesday, 16 November 2010

KEMALANGAN CG AJIB dan CG AMIN ~KAWAsaKi ER 6N

Jumaat, 12hb November 2010..malang tidak berbau cg Ajib dan cg Amin Kemalangan.

Serumpun Doa ~ semuga cepat sembuh cg Ajib.Semuga ahli keluarga cg Ajib akan tabah dan bersabar di atas dugaan yang diberikan olehnya

Kedua insan yang tidak bersalah ini telah dirempuh oleh MPV yang membuat U-Turn

Akibat kecuaian pemandu MPV, cg ajib patah tangan dan tulang pinggul lari..,dan masih dirawat di Hospital Kuala Terengganu.

Manakala cg Amin yang tidak sempat membrek motor juga tumbang di jalan ,..cg Amin mengalami kecedaraan ringan dan kini berada di rumah beliau
.
Sama-samalah kita mendoakan agar mereka cepat sembuh dan ceria kembali.

Motor cg AMIN

KUNJUNGAN RASMI W.C.G -WILD CHOPPER GROUP

k
Pada 6hb NOVEMBER 2010,  WilD ChOPPER GrOUP (WCG) dari Temerloh telah membuat
kunjungan rasmi  bertemu dengan Dungun Chopper Club (DCC) di Dungun ..Alhamdulilah walaupun musim tengkujuh telah bermula tetapi cuaca agak tenang pada hari ini mungkin kerana meraikan saudara bikers kita  yang datang dari jauh

Jutaan terima kasih kepada  saudara Abd. Halim di atas persiapan tempat yang amat rasmi sekali.
WCG telah diraikan di Pusat Penyu dan Ekosistem, Rantau Abang. Di samping saling memperkenalkan ahli masing-masing ,penerangan rasmi mengenai kehidupan Penyu juga diselitkan.
Rantau Abang terkenal sebagi destinasi pelancongan di Terengganu kerana menjadi tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Pantai Rantau Abang merupakan salah satu destinasi untuk penyu Belimbing bertelur selain daripada 3 kawasan persisiran pantai Amerika Selatan, "Las Baulas".

Saudara One..,selaku Pengerusi DCC 2010,memberi ucapan alu-aluan dan mengucapkan berbanyak -banyak terima kasih kepada WCG. InsyaALLAH DCC juga akan turun ke Temerloh untuk ride seterusnya.

Terpegun menonton video penyu serta penerangan dari saudara Halim

Walaupun baru sampai tetapi WCG amat bersemangat sekali dan tidak menunjukkan reaksi mengantok .Syabas WCG !

Pic di depan tugu Penyu...Maaflah pic tidak menarik disebabkan camera zoom ambe belum sampai lagi dari Jepun...hakhakhak...sesiapa yang mempunyai gambar kenangan , harap dapat lah beri pada ambe niee...tadok pic la sebenor nyer...tu yang lambat upload....sorry

Baru sampai ke Rantau Abang

Alhamdulilah hujan renyai renyai....

Bakar Ayam...nyum nyum

Sila-sila AYam resepi Bro Syawal

Perintis DCC. Saiful .tengah simpan duit beli chopper

Perintis ke -2..simpan lahh duit dulu Lokman.