LATAR BELAKANG DCC

Dungun Chopper Club (DCC) ditubuhkan pada 1 Mac 2009 di Dungun,Terengganu Darul Iman. Tujuan utamanya adalah untuk mengumpulkan para peminat motorsikal besar (Easy Rider @CHOPPER,SPYDER, SuperBike,Naked Bike,) didalam satu rumpun. Dengan adanya kelab ini ,ianya membolehkan bikers berkongsi pendapat dan serta bertukar-tukar fikiran sesama mereka dan mengeratkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain. Fokus utama DCC adalah berbakti kepada agama, bangsa dan negara menerusi program program kebajikan.Keselamatan penunggang dan pembonceng amat dititikberatkan. Web ini juga diharapkan dapat membantu memudahkan sebarang maklumat untuk disampaikan. ....DCC sentiasa disisi

Wednesday 18 November 2009

Samy: Biar motosikal besar, jangan mulut besar



SUNGAI SIPUT: Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu berkata cadangan untuk mengharamkan motosikal berkuasa besar daripada menggunakan lebuh raya telah mendapat sokongan banyak pihak.

"Saya telah menerima banyak sokongan daripada pengguna terhadap cadangan itu," katanya dan menjelaskan cadangan itu dibuat semata-mata atas pertimbangan demi keselamatan dan kepentingan semua pengguna lebuh raya yang membayar tol.



Beliau berkata keistimewaan perlu diberikan kepada pengguna yang bayar tol.
"Kita akan meneruskan cadangan itu kerana kita sudah menawarkan untuk berbincang tetapi penunggang motosikal besar tidak mahu bincang, cakap lagi besar... biar motosikal besar tapi jangan mulut besar," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri di sini hari ini.
kementeriannya sedang meneliti cadangan itu sebelum dikemukakan kepada kerajaan untuk diwartakan.Menteri itu berkata pegawai undang-undang



Samy Vellu berkata isu utama yang membawa kepada timbulnya cadangan pengharaman itu ialah kerana adanya penunggang motosikal berkuasa besar melanggar peraturan dengan melebihi had laju serta bersaing hingga menutup jalan.

"Dulu saya pun pernah menunggang motosikal berkuasa besar 650cc... jalan raya bukan untuk berlumba, semua orang kena ikut undang-undang. Saya akan minta PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengambil tindakan tegas menyaman mereka yang laju," katanya.



Mengenai reaksi supaya kerajaan mengenakan tol kepada motosikal berkuasa besar, Samy Vellu berkata kerajaan telah menetapkan motosikal tidak dikenakan tol dan keputusan itu tidak akan diubah.

Sebelum ini pengerusi eksekutif Superbike Association of Malaysia (SAM) Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan perlu memperbaiki laluan motosikal agar dapat mengurangkan kadar kemalangan dan bukannya bertindak mengharamkan penggunaannya di lebuh raya.



Beliau berkata selain membaiki laluan, tindakan perundangan yang lebih tegas seperti saman dan tindakan mahkamah terhadap pemandu yang melakukan kesalahan merupakan inisiatif yang boleh diambil oleh kerajaan. BERNAMA

No comments:

Post a Comment